Wednesday, May 28, 2014

4 sebab..

Terdapat 4 sebab utama kenapa orang membeli insurans. Secara asasnya, insurans ini memberi pampasan jika berlaku malapetaka seperti kematian, kecatatan kekal atau membayar bil perubatan anda. Cuma kali ini saya ingin perincikan lagi 4 sebab utama ini.

1) Mati mengejut 

Mati memang tak boleh disangka. Ramai orang tak suka bercakap tentang realiti ini. Mungkin lagi 10 tahun, lagi 20 tahun, mungkin esok atau mungkin kejap lagi. Apa yang saya boleh khususkan di sini adalah mati ketika masih banyak tanggungan atau tanggungjawab. So apa problemnya?


a) Sara hidup 

Mungkin ketika anda pergi meninggalkan dunia yang fana ini anda mempunyai income sebanyak Rm30k sebulan, mungkin juga Rm5k sebulan. Apa pun jua angka, anda mempunyai tanggungjawab kewangan berdasarkan kemampuan anda. Takaful ini bukan lah untuk menggantikan diri anda tetapi untuk menggantikan tanggungjawab kewangan anda seperti belanja sekolah anak-anak, nafkah untuk isteri, installment loan rumah, personal loan anda dan sebagainya. Jadi sebagai panduan, untuk menampung sara hidup ini sum assured (jumlah perlindungan) yg anda perlukan adalah sebanyak 5 kali ganda pendapatan tahunan anda. 

Sebagai contoh ketika ini anda mempunyai income sebanyak RM5000 sebulan,jadi sum assured yang anda perlukan adalah: RM5000 x 12bulan x 5tahun = RM300000. Bayaran premium untuk sum assured adalah sekitar RM200 ke RM 400 sebulan bergantung kepada pekerjaan dan umur anda namun, impak yang dihasilkan adalah jaminan perbelanjaan persekolahan anak-anak anda masih selamat selama 5 tahun sekiranya anda telah tiada, hidup mereka tidak melarat, masih lagi mampu makan KFC pada kala yang sama.

b) Hutang 

Ini lebih direct. Jumlahkan saja berapa hutang semasa anda, yg tidak dilindungi insurans dan totalkan dengan jumlah sara hidup di (a). Ini sangat-sangat penting bagi mengelakkan keluarga anda dikejar pihak bank setelah anda tiada. Pasti bukan suatu cara anda ingin dingati. 

Teruskan bersama blog ini untuk lagi 3 sebab. Set temujanji dan dapatkan sebutharga di SINI!!