Thursday, April 4, 2013

Testimonial sahabat saya yang juga client saya, En. Muaz Hadi

image
image

PER: Kisah saya bagaimana kerja keras saya membawa saya ke 
hospital dengan bil RM7,058++

Nama saya Muaz Hadi, anda mungkin kenal saya sebagai seorang ahli akademik, usahawan internet, giat berpersatuan atau juga pemberi pandangan mengenai kewangan. Pendek kata ramai yang kenal saya sebagai seorang yang mempunyai latarbelakang yang berbeza. Antaranya;

image
image
image
image
image
image
image
Tahun 2011 menyaksikan saya 'bekerja keras' untuk membina kewangan yang kukuh. Jika anda subscriber saya di 'pengurusanwang.com' anda akan ketahui bagaimana gerak langkah saya dalam membina 'kubu kewangan' peribadi saya sendiri kerana saya selalu berkongsi di sana sama ada dalam aktiviti mencari duit tambahan, pelaburan, perniagaan internet saya dan pelbagai lagi.

Dan dalam setiap bidang tersebut saya boleh dikatakan 'berjaya' dan berada di puncaknyabukan kerana saya 'bernasib baik' semata-mata tetapi rezeki dari Yang Maha Esa serta hasil 'KERJA KERAS' saya. Banyak aktiviti yang memakan masa saya dan atas sebab komitmen dan mahu semuanya bagus dan lancar... masa tidur saya terganggu dan sepanjang 2 bulan awal 2011;

image
Seolah tak percaya saya melalui masa ini. Saya pulang ke rumah untuk Solat Subuh dan tidur sebentar sebelum bangun untuk bekerja semula! Matlamat yang banyak untuk dicapai dan semuanya mahu sempurna.. Itu saya dan saya yakin anda juga mahu begitu, kita mahukan semuanya sempurna untuk kita...
image
       image
Saya masih ingat, semasa saya berkumur untuk mengambil wudhuk, air keluar dari mulut, saya tak boleh berkumur! Owhh.. ketika itu baru saya ke cermin dan melihat wajah saya senget sebelah! Lihat sahaja gambar di bawah, anda tahu bagaimana keadaan muka saya sehari sebelum itu lebih teruk daripada gambar ini (tapi masih 'ensem' =p)
image
image
Subhanallah! Saya ke klinik biasa di Gombak dan doktor di sana dengan pantas mengarahkan saya terus ke hospital pakar kerana ada sindrom STROK.. habis.. lumpuhkah aku... itu sahaja yang bermain di fikiran ketika itu

Dipendekkan cerita, alhamdulillah ianya bukan STROK.. Syukur! Ianya adalah satu sindrom yang dinamakan 'Bell's Palsy' (saya pun tak pernah dengar nama penyakit ni sebelum ni) Rigkasnya ianya adalah gangguan pada saraf muka. Sebab tu muka saya terus senget!

image
Alhamdulillah 2 minggu selepas keluar hospital, saya pulih. Tapi seronok kawan-kawan, keluarga datang melawat. Masa tu baru dapat rasa nikmat ada rakan-rakan dan keluarga di sekeliling. Kepada yang datang melawat saya ucapkan berbanyak terima kasih, anda semua di hati saya dan takkan saya lupa =)Tapi cuba bayangkan jika betul saya STROK... tentu  ramai yang menangis.... Bagaimana pula dengan kehidupan saya? Bagaimana pula dengan kewangan saya? Keluarga saya?

Ianya jauh sekali dari kawalan kita dan datang begitu mendadak tanpa diduga..
Ianya adalah gangguan saraf disebabkan gaya hidup atau gangguan pada tidur saya dan sekarang boleh dikatakan 99% saya sudah pulih. Ditahan di Ampang Putri selama 6 hari dan yang mengejutkan adalah kos 6 hari saya di sana;
image

6 Hari, jumlah bil RM7,058.75 + RM828 (follow-up treatment)
image
Lebih kurang jumlah gaji bersih 2 bulan, habis dalam masa 6 hari sahaja. Mujur saya kerja lebih 'siang malam' untuk duit tambahan! Tapi sungguh tak bermakna sebab semuanya dihabiskan pada bil hospital! Anda bagaimana? Harapnya ada juga pendapatan tambahan untuk 'cover' masa-masa begini..

Tapi alhamdulillah, saya mempunyai perlindungan insurans, dan saya hanya bayar 10% daripada jumlahnya. Jika anda lihat pada gambar diatas, saya hanya bayar RM661.06 sahaja. Mahal juga tu... Bukan itu sahaja malahan saya mendapat elaun untuk setiap hari saya di sana. Seronok pula masuk ke hospital =)

image
Elaun untuk saya sepanjang 6 hari di hospital
image
Claim untuk rawatan 'follow up' seminggu lepas keluar hospital
Saya hanya bayar RM661.06 + RM82.80 (follow-up treatment)
sahaja untuk jumlah keseluruhan bil, tapi dapat
semula RM1,645.20 Siap ada untung lagik =)
  • Saya berfikir, bagaimana jika saya tiada perlindungan insurans, melayang duit saya RM7,058++ begitu sahaja. Bekerja keras siang dan malam untuk mencari duit, tapi akhirnya habis membayar bil hospital... habis... hangus begitu sahaja
  • Bagaimana pula jika isteri dan anak-anak saya hanya bergantung kepada pendapatan saya sahaja? Simpanan saya pula hampir habis membayar bil hospital. Bagaimana masa depan mereka?
  • Jika saya betul-betul STROK, hilang keupayaan kerja saya. Nasib anak isteri saya? Mana mereka mahu cari wang untuk sara hidup. Kerja tambahan? Kerja siang malam juga kah? dan akhirnya ke hospital juga seperti saya..
  • Jika ketika itu saya STROK, dan saya tak ada langsung cash, tak ada perlindungan insurans, tiada semuanya, apa nasib saya.... T_T
6 hari di hospital membuatkan saya banyak berfikir dan mengenangkan rakan-rakan saya yang tak ambil endah mengenai perlindunagn ini dengan alasan;
  • Owh aku masih muda, masih sihat, NO HAL PUNYA LAH!! (siapa tahu apa yang bakal berlaku esok? Anda yakin anda tak akan dimasukkan ke hospital esok?)
  • Tak ada duitlah, nanti dah naik pangkat aku ambik punya, CONFIRM! (tahukah anda semakin tua umur anda, semakin tinggi kadar bayaran bulanan yang anda kena bayar, syarikat insuran juga bijak! Jadi kenapa tak ambil sekarang?)
  • Memang tak ada duit sekarang... nak buat macam mana... (jika masa sihat anda tak ada duit, bila sakit esok lagi lah tak ada duit, masa sihat masih boleh berusaha, bila sakit?)
Jika anda subscriber saya di 'pengurusanwang.com' anda akan dapati saya jarang bercakap mengenai 'insurans' dan sebabnya hanya satu, saya hanya tahu beberapa perkara sahaja dan saya tak rasakan saya adalah orang yang betul untuk berkongsi dengan anda mengenai insurans. Saya jujur untuk ini.

Untuk anda yang masih belum ada insurans, dan banyak persoalan mengenai insurans, saya minta bantuan rakan saya yang pakar mengenai insurans untuk sediakan satu 'kursus insurans' khas untuk anda, PERCUMA sudah tentu. 
image
Mohd Nazlan adalah sahabat saya dan saya 'paksa' dia untuk bantu saya memberikan maklumat ini kepada semua subscriber (anda) secara percuma, kerana saya tak mampu menjelaskannya sendiri secara tepat. Dia bersetuju dan saya nak anda faham bahawa tujuan kami adalah satu;

Anda tahu mengenai kepentingan insurans, dapat buat 

penilaian yang sewajarnya dan berjumpa agen 
insurans (booth, pasaraya, pejabat insuran) 
dengan YAKIN, FAHAM dan BIJAK membuat 
pilihan pelan yang ada. JANGAN TER'KENA'
DENGAN EJEN INSURAN 
lagi, bukan ditipu, tapi
mereka mencari makan dengan jual insuran dan

jelas ianya bukan saya (seperti anda kenal saya)

Set temujanji dengan EJEN saya. Dapatkan pelan yang terbaik untuk anda.
Isi nama dan butiran anda!
image


Bertindak bijak lah seperti MUAZ!


Salam ikhlas dari saya,

Nazlan Arshad
Wealth Planner
https://www.facebook.com/mohd.nazlan
0173111910